Saturday 22 April 2017

Lelaki Dedah ‘Penipuan’ Plus Highway Dan Touch n'Go

Lelaki Dedah ‘Penipuan’ Plus Highway Dan Touch n'Go
Adakah anda pengguna Smart Tag atau Touch n'Go? Jika ya, anda wajib baca artikel ini! 
Sejauh mana ketelusan pihak Plus Highway dan Touch n'Go? Saya tidak pernah meragui dua pihak ini sehinggalah kejadian baru-baru ini. Sila share agar ramai pengguna lebih peka. 
"Kad Touch n'Go boleh digunakan untuk membuat pembayaran tol di mana-mana lebuhraya, pengangkutan awam, bayaran parking, kedai dan juga taman teman. Setiap kali pengguna menggunakan kad Touch n'Go, mesin pengimbas kad akan menolak jumlah bayaran yang ditetapkan dari nilai yang terdapat dalam kad tersebut." 
Kenyataan di atas adalah diambil dari laman sesawatang Touch n'Go. 
Begini ceritanya. 
Saya pengguna Smart Tag. Pada 1 Jun 2016, saya memandu dari Jalan Duta dan keluar dari Tol Rawang Selatan. Seperti biasa, adakalanya saya perhatikan atau langsung tak peduli berapa jumlah yang ditolak dari Smart Tag saya. 
Nilai yang terdapat dalam Smart Tag saya ada RM100 lebih dan secara tiba-tiba menjunam ke angka RM50+. Yang bermakna Plus Highway telah menggenakan caj bayaran pada saya lebih dari RM50 lebih untuk perjalanan yang kurang dari RM10.00. 
Saya segera menghubungi Touch n'Go dan Plus Highway. Kedua-dua syarikat berkenaan memberikan alasan yang sama yang berbunyi seperti ini: 
"Oh, ini perkara biasa. Mungkin magnetic reader ada ralat. Encik boleh pergi ke mana-mana pejabat PLUS yang berhampiran untuk dapatkan pengembalian wang," 
Alasan yang diberikan benar-benar tidak dapat diterima. Saya kemudian bertanya pada kedua-dua syarikat itu, jika saya tidak menyedari berapa amaun yang telah ditolak dari kad saya, apakah tindakan mereka? Dan jawapannya, 
"Jika encik tak buat aduan, kami tidak akan tahu dan tiada sebarang pengembalian wang yang akan dilakukan." 
Saya rasa sudah cukup perkongsian ini. Di bawah ada beberapa soalan untuk anda: 
Bayangkan jika ada 10,000 pengguna jalan raya yang melalui lorong Smart Tag (yang rosak) itu?
Adakah Plus Highway dan Touch n'Go sudah menjaga kepentingan penggunanya? Di mana tanggungjawab sosial mereka? 
Kedua-dua syarikat tidak memberikan saya sebarang opsyen solusi dan memaksa saya pergi ke pejabat mereka yang berhampiran untuk mendapatkan pengembalian wang. Adakah tindakan itu adil?
Insiden ini membuatkan saya terfikir, sudah berapa banyak kali amaun Smart Tag saya ditolak begitu banyak yang mana saya tidak pernah ragu-ragu tentangnya sebelum ini? 
Adakah insiden yang menimpa saya ini akan membuatkan anda lebih peka selepas ini? 

7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan..Rugi Kalau Anda Tak Baca Ni..


Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya tapak tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.
1 Sindrom Carpal Tunnel.
Sindrom Carpal Tunnel boleh di diagnos daripada ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang, hingga menyebabkan pergelangan tangan membengkak.
2 Keletihan
Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang berada di tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak tangan.
3 Masalah Tulang Belakang
Masalah tulang belakang dikaitkan dengan jari manis dan jari anak. Ini disebabkan oleh tekanan yang kuat pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.
4 Kurang Vitamin.
Apabila badan kekurangan vitamin, denyutan dapat dirasai pada jari tangan sebelah kiri atau pada jari kaki sebelah kiri. Ini terjadi apabila badan kekurangan vitamin E, B1, B6 dan B12.
5 Penyakit Buerger
Penyakit ini sering terjadi pada perokok tegar. Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya menyebabkan kurangnya mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas pada kari.
6 Masalah Aliran Darah Dalam Badan.
Jika anda mengalami rasa kebas pada bahagian kanan tapak tangan, ia mungkin disebabkan tekanan yang dialami oleh permukaan urat saraf. Sesetengah penyakit kardiovaskular lain juga akan menyebabkan rasa kebas pada bahagian ini.
7 Diabetes
Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa denyutan pada beberapa bahagian ditapak tangan sebelah kiri. Ini terjadi disebabkan kurangnya aliran darah pada beberapa bahagian badan, menyebabkan kerosakkan pada hujung saraf. Walau apa pun, segeralah berjumpa dengan pakar dan doktor bagi mendapatkan rawatan segera.

Masih Ingat Lagi Dengan Banglo Mewah Milik Mawi Dan Ekin Dulu…??? Lihat Foto Terbaru Keadaan Banglo Mewah Ini Pasti Mengejutkan!!


Masih Ingat Lagi Dengan Banglo Mewah Milik Mawi Dan Ekin Dulu…???

Rumah Penyanyi Mawi Atau Nama Sebenarnya Asmawi Ani Sekali Lagi Dipecah Masuk Selepas Se0rang Lelaki Yang Bekerja Sebagai Buruh Mendakwa Ternampak Bayangan Sepasang 0rang Bunian Di Kediaman Mewah Penyanyi Itu Di Bangi, Semalam.

Bercakap kepada Harian Metr0, Mawi menjelaskan, “kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang 0rang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi kelahiran pr0gram realiti Akademi Fantasia 3 itu.

Ketika kejadian, Mawi tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, N0ra Asyikin Rahmat atau Ekin ke ibu k0ta atas urusan kerja.

Kejadian malang itu diceritakan kepadanya 0leh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas itu selain anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Dikatakan sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika untuk menjamah makanan.

Ini merupakan kejadian kedua kediaman penyanyi itu dipecah masuk. Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya telah dimasuki per0mpak dan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun, Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat dari sebarang kecederaan daripada insiden terbabit

Friday 21 April 2017

[TERKINI] Selepas Dikecam Buka Tudung Dalam Drama, Ini Tindakan Mengejutkan Diambil Zarina Zainuddin!!

kesal buka tudung zarina zainuddin tarik diri 1

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin


Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini telah menerima kecaman hebat gara-gara membuka hijab demi menjayakan watak terbarunya dalam drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora - yang kini sedang menjalani penggambaran.

Dalam penjelasan Zarina sebelum ini, beliau mengakui kesilapannya dan meminta peminat faham akan dirinya yang masih dalam proses memperbaiki diri.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, ketika dihubungi pelakon tersebut memberitahu telahpun menarik diri daripada drama berkenaan. 

Ujar Zarina, dia mengambil tindakan tersebut setelah berfikir panjang dan menilai semula keputusan yang diambil sebelum ini.

kesal buka tudung zarina zainuddin tarik diri 2

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut. Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit. Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini. Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain.

Sumber: Media Hiburan

Pelakon berusia 46 tahun tersebut yang juga ibu kepada empat orang anak merakamkan ucapan terima kasih kepada penerbit dan pihak produksi 'Dendam Aurora' yang memahami keadaan dirinya.

kesal buka tudung zarina zainuddin tarik diri 3

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Terima kasih kepada semua. Doakan Kak Ina dapat cari rezeki untuk anak-anak. Kami harapkan duit pulut kuning sahaja dan lakonan akak. Semoga Allah permudahkan jalan hidup Akak untuk terus membesarkan anak dan memberi kehidupan yang selesa untuk mereka. Amin.

Sumber: Media Hiburan

Sama-samalah kita doakan agar rezeki Zarina dimurahkan untuk menerima tawaran kerja lain yang lebih bersesuaian.

Pengakuan Terbaru Mengejutkan Chef Wan - Maki Hamun Dan Hampir Belasah Anaknya, Chef Riz!! Setahun Tak Bertegur Sapa!!! Ini Puncanya..


Nama Chef Wan memang agak panas sejak kebelakangan ini. Terkenal sebagai seorang yang sangat lantang bersuara, Chef Wan akan menyuarakan apa sahaja yang berada di benak fikirannya. 



Terbaru dalam satu komen yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya sendiri, Chef Wan telah mendedahkan yang beliau sudah lebih setahun tidak bercakap dengan anak lelakinya Chef Riz.



Malah Chef Wan hampir memukul anaknya itu kerana dikatakan telah menzalimi bekas isterinya Shikin Maembong yang juga merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong.

Menurut Chef Wan, beliau tidak akan sesekali membiarkan bekas menantunya itu dianiaya walaupun terpaksa membuang anak sendiri.



Tambah Chef Wan dalam statusnya yang panjang lebar itu lagi, walaupun beliau sendiri pernah gagal dalam perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama empat tahun, namun beliau masih menjaga serta memberi nafkah kepada bekas isterinya sejak bercerai 32 tahun lalu.

Chef Wan meluahkan perasaannya di Instagram, berikutan ada netizen yang menyelar tindakan Chef Wan yang dikatakan cuba mencampuri urusan penceraian anak perempuannya Serina Redzuawan walaupun dirinya sendiri pernah bercerai.



Nampaknya isu penceraian Serina ini semakin panas, namun kami percaya setiap tindakan yang diambil oleh Chef Wan adalah demi menjaga kepentingan anaknya dan menuntut hak yang sewajarnya.

Hati ayah mana yang sanggup melihat hidup anak perempuan kesayangannya dipersiakan. Kami di Suria mendoakan yang terbaik untuk Serina dan seluruh keluarga Chef Wan. Semoga tabah melalui ujian ini.



Sumber asal: Suria.my

Kronologi penangkapan Benjy di Medan


Kronolgi penangkapan Benjy di medan|Khaireyll Benjamin Bin Ibrahim alias Benjy (38) tertangkap membawa dadah jenis sabu di Bandara Kualanamu, Medan tepatnya pada Selasa lalu.Namun penangkapan Benjy baru hari  Kamis semalam (20/4/2017). diumumkan kepada media
Ketua bea dan Cukai bandara Kualanamu, Zaky Firmansyah menjelaskan kalau Benjy ditangkap pada 18 April lalu sekira pukul 21.30 . Saat itu ia baru sahaja tiba di Bandara Kualanamu dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Malindo Air OD 322.

Penangkapan berkenan bermula dari kecurigaan seorang petugas yang mengenali benjy sebagai seorang yang berkait dengan kes dadah di malaysia sebanyak 4 kali.

Kemudian benjy di periksa lebih detail baik luar mahupun dalam dengan melakukan rongent dan anjing pelacak.

Hasilnya petugas yang bersangkutan pun menemukan dua bungkus pelastik berisi serbuk putih dengan berat 14 gram yang di sembunyikan dalam lubang anusnya.

Penemuan tersebut di uji dengan menggunakan narcotest dan  menunjukkan serbuk itu murni dadah jenis sabu.